Assalamualaikum,
Tepat jam 6.40 pagi semalam, satu sms masuk,
" Assalamualaikum selamat hari lahir semuga Allah berkati hidup abibie dan berjaya dalam kehidupan.. Amin" (Note: abibie itu nama panggilan saya dalam keluarga).
Itu sms dari ayah tercinta, mudah tapi bermakna. Pada malamnya pula bergayut di telefon dengan bonda tercinta. Menggunakan sehabis baik bonus hari lahir.. :p
Alhamdulillah, semalam saya menyambut hari ulangtahun kelahiran. Kebiasaannya, saya akan pulang ke rumah dan menyambutnya dengan keluarga tetapi tahun ini menyaksikan sedikit kelainan.
Walaubagaimanapun, saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi syukur kepadaNya kerana masih diberi peluang untuk hidup di dunia ini, ahamdulillah. Semoga saya dapat menggunakan peluang ini sebaiknya, insyaAllah. Sedikit berbeza dengan tahun lepas, saya sudah berjaya upgrade sedikit perjuangan hidup dengan mendapat pekerjaan yang mana alhamdulillah setakat ini sangat melegakan. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan tempat kerja Sannah, Fazleen dan Shikin yang telah berbesar hati membelanja makan besar, hehe.. Kalian lah yang mewarnai kehidupan saya sehari-hari di sini.
Juga sahabat-sahabat yang mengucapkan dan mendoakan sepanjang hari, terima kasih tidak terhingga. Tanpa kalian, siapalah saya.
Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat blog, sungguh saya kasihi kalian kerana Allah. Walaupun kita tidak pernah bersua, kalian adalah sebahagian dari saya juga. Semoga persahabatan di alam maya ini terus diberkati Allah, Ameen.. =)
Pinjam lirik lagu 'Presents' persembahan Genius Aulad:
"Thank you Allah for another year,
and let the next one to You bring me near.."
Alhamdulillah.. Happy Birthday, Me! =))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Ya Allah..ana terlambat la ni rupanya...
Maaf ukhtie, baru arini dapat ziarah blog ukhtie..
Selamat Hari Lahir..Moga jadi muslimah yang Allah redha =)
Selamat Hari Lahir! Semoga sentiasa mendapat rahmat dariNya...
Kepada Sinar,
Ameen.. syukran alhamdulillah. Tak mengapalah ukhtie, masih sibuk dengan peperiksaan kan. Bittaufiq wannajah! =)
Kepada Abu Aiman,
Ameen.. dan terima kasih ya! =)
Post a Comment