Salam ukhuwwah kepada semua pembaca. Selamat hari bapa kepada semua yang bergelar bapa, khasnya ayah sendiri nun jauh di Kuantan. Melihat ramai yang menulis ucapan dan artikel sempena hari bapa membuat hati terusik untuk juga menulis satu artikel khas yang tajuknya semacam karangan sekolah rendah.. :p
Antara sikap ayah yang paling saya ingat ialah beliau bersifat pelindung. Pernah sekali saya menyiram pokok di luar rumah, ayah datang menemani kerana bimbang saya dikacau anak jiran. Beliau tidak katakan tujuannya, tapi saya faham selepas beliau mendengar anak jiran menjerit-jerit. Risau akan anak perempuannya, beliau berdiri di tepi pagar menunjukkan diri. Lagaknya seperti pegawai keselamatan. Perasaan saya ketika itu, sangat seronok!
Ayah juga guru mengaji kami. Bila tiba waktu mengaji, macam-macam perangai keluar. Abang akan mengaji dengan sangat perlahan suaranya, kalau kakak pula asyik memandang jam. Antara yang obses mengaji ialah saya, setiap malam sebelum tidur harus mengaji dulu. Jika tidak, mungkin saja saya mengigau membaca ayat suci Al-Quran. Itu tanda tidak puas hati agaknya, hehe..
Kenangan itu manis. Kenangan buat kita rindu. Mungkin hubungan kami tidak lagi serapat sewaktu saya kecil dulu, dimana saya akan memberi laporan seharian pada ayah melalui telefon. Tetapi kasih dan ingatan itu tetap ada. Alhamdulillah, ayah masih disini bersama kami. Muhasabah saya hari ini, harus lebih menghargai ayah yang masih dipinjam Allah, insyaAllah.
Sekali lagi, selamat hari bapa kepada semua bapa! =)
3 comments:
Salaam,
hehe, teringat arwah abah pernah kejar budak laki yang kacau kakak saya lamaaa dulu. Nasib baik terlepas, kalau dapat tak tahu lah apa nasib mamat tu. Saya rasa saya pun dah mula ada that 'protective' personality bila dah jadi bapak budak.
Selamat Hari Bapa!
=) Ayah, Walid, Abah..
Rindunya...
Selamat Hari Bapa..
Abu Aiman,
Salam.. hehe agaknya 'protective' personality terbit secara semulajadi kot.. Selamat hari bapa kembali!
Sinar,
Sabar ye.. Allah tahu Sinar rindu. Tapi Allah juga tahu Sinar mampu, mengembara jauh demi ilmu.. Semoga Allah membalas pengorbananmu dengan sebaik-baik balasan.. =)
Post a Comment