Bermulanya Langkah Pertama

|

Seorang lelaki yang sudah berpangkat datuk mendaki tangga dewan dengan penuh susah-payah. Peluh menitik dari dahi beliau. Haruslah, sungguh cuaca di luar sangat panas. Beliau menaiki tangga itu satu-persatu dan akhirnya duduk di tempat duduk yang paling dekat. Jelas riak wajahnya yang sangat letih, letih kerana program hari itu dan kerana cuaca yang terik. Kami yang melihat dari dalam dewan hanya diam, masing-masing dengan telahan sendiri.

"Ya Allah.. Kenapa atuk tu ikut juga? Penatnya kan," kata saya.

"A'ah.. kalau tak pun masuk la ke dalam, selesa sikit," sambung kawan saya.

"Dia bangga tu, mungkin anak dia atau cucu dia masuk belajar sini. Itu yang dia ikut juga, bagi sokongan walaupun kita nampak dia macam tak larat," sambut sahabat kami yang kami panggil dengan panggilan kakak.

"Ooh.. Allah, tersentuhnya," fikir saya dalam hati.

Sungguh saya tersentuh. Minggu ini bermulalah kemasukan pelajar baru di institusi tempat kami berkhidmat. Lebih daripada 500 pelajar yang datang mendaftar, berbagai warna, pelbagai latarbelakang. Sangat besar harapan mereka, bermaksud sangat besar juga amanah kami. Dan datuk itu datang menemani anak atau mungkin cucu yang datang mendaftar untuk belajar di sini.

Ada yang datang dari jauh, menyewa kereta atau juga menaiki bas dari kampung. Mengambil cuti untuk meluangkan masa dan ada juga yang terpaksa membuat pinjaman duit sebagai bayaran pendaftaran. Besarnya pengorbanan mereka untuk melihat anak mereka belajar. Itulah ibu bapa. Boleh sahaja mereka menghabiskan duit atas tujuan lain; untuk diri sendiri. Tapi tidak, atas cinta tanpa syarat, mereka melabur untuk pendidikan anak. Saya terfikir, sudahkah saya pastikan pengorbanan mereka berbaloi?

Saya cuba memikirkan jika saya berada di tempat ibu bapa yang meletak kepercayaan yang amat tinggi terhadap kami, tenaga pengajar yang baru mula bertatih untuk berkongsi ilmu. Mampukah kami penuhi kepercayaan mereka ini?

Dan saya cuba memikirkan harapan pelajar baru yang cukup bersemangat untuk menempuh hidup baru buat 3 tahun seterusnya di sini. Mampukah kami penuhi ilmu yang mereka perlukan?

Ini tanggungjawab berat, saya terhenti memikirkannya. Allah, bantulah kami untuk penuhi amanah kami. Semoga kami dapat mendidik mereka semampunya agar mereka dapat berjuang di jalan yang diredhaiMu.


Besarnya harapan mereka, besarnya amanah kami.

Langkah Pertama

"Okay.. The task is: Prepare minimum of 10 questions for you to interview me as your subject. The questions could just be about anything. But bear in mind, I will not answer any personal questions. Then, make conclusion and write it on the brown paper provided. And you have to present it in front of your friends."

Di hari keempat orientasi, tenaga pengajar diminta melibatkan diri. Salah satu tugasan mereka ialah untuk menemuramah kami dan kemudian mempersembahkan hasil kajian singkat mereka kepada semua orang di dalam dewan. Aktiviti ini diadakan untuk mengasah kemahiran bertanya (ask the right question in order to get the right answer), mendekatkan tenaga pengajar dengan pelajar dan mengajar mereka presentation skills.

Tanpa disangka, saya dijemput ke atas pentas oleh mereka untuk mengambil bukti kerja mereka. Tanpa bercerita lanjut, inilah hasilnya.. =)

Mind the spelling error. I love the drawings!

Saya sangat sukakan soalan terakhir dari mereka,

S: Apa yang Miss harapkan dari kami, student sini?
A: (Suddenly serious).. Saya nak awak ingat balik hari pertama awak datang sini, fikirkan balik macam mana susahnya mak ayah awak, berkorban untuk pastikan awak belajar disini. Fikirkan kenapa Allah hantar awak ke sini, pasti tidak sia-sia, kan? 3 tahun kat sini, ambil sebanyak mana ilmu. Dengan ilmu itu nanti, kita naikkan Islam, BOLEH?

Seruan saya dijawab dengan jeritan, "BOLEH!!"

InsyaAllah.. Ameen =)

Selamat berjumpa lagi!

4 comments:

Abu Aiman said...

ada juga kes di mana student datang register sendirian, naik teksi sorang2, mak bapak busy dgn kerjaya masing2. Syukur kita dapat ibubapa dan keluarga yg prihatin.
Selamat mengajar dan mendidik!

EdAlia said...

Kepada Abu Aiman,
Kisah mcm itu pun banyak, mungkin tidak memandang anak itu sebagai satu pelaburan dunia akhirat.
Terima kasih! huhu seram sejuk juga ni.. :p

sinar_islami said...

Lulusan engineering rupanya ukhtie...oho..hebat.. (^_^)
Moga Allah mudahkan anti mendidik mereka..
Yang penting jadilah pendidik yang mendekatkan anak didiknya ke jalan kebenaran..
Hubungkan ilmu dengan Pencipta..

EdAlia said...

Kepada Sinar,
huhu engineer tak jadi..:p
Ukhtie pula bakal doktor, hebat2..
Ya! hubungkan ilmu dengan Pencipta, insyaAllah.. Ameen

Post a Comment