Assalamualaikum,
Diharap pembaca semua berada dalam rahmat Allah. Sungguh lama saya tidak menjengah blog, bukan lagi tahap bersawang, mungkin saja hampir ditutup. Maaf, saya kalah dengan banyak kekangan. Semuanya dari kelemahan sendiri, saya masih cuba atasi. InsyaAllah..
Dan saya ingin berterima kasih kepada Puan Sha yang mengingatkan saya untuk update blog.. =)
Kali ini saya ingin merakam satu kisah 'manis' yang baru saja diceritakan oleh seorang sahabat aka sifu ditempat kerja. Mari kita gelarkan beliau sebagai Ahmad. Ini bukan kisah berat, hanya untuk membuat anda sedikit tersenyum pada hari ini.
Pada suatu hari di bulan Ramadhan, ibu kepada Encik Ahmad telah menyiapkan beberapa bekas kuih kasuwi untuk diberi kepada jiran. Maksud beberapa bekas kuih disini merujuk kepada kuih kasuwi yang dimasak didalam cawan-cawan kecil yang ibu saya suka. Selesai menggaul kuih dengan kelapa muda, kuih tadi disusun dengan cantik diatas pinggan. Ahmad dipanggil untuk memberikan kuih kasuwi td kepada jiran sebelah rumah. Sesampai Ahmad dirumah jiran sebelah, kuih kasuwi tersebut hanya tinggal sepotong sahaja.
"Kenapa kuih ni tinggal satu je?" tanya makcik jiran sebelah.
"Tak tahu la makcik," jawab Ahmad, sambil mulutnya masih bersepah dengan serbuk kelapa.
Tanpa berkata apa-apa, pinggan tadi diambil dan ditukar kuih kasuwi tadi dengan kuih yang baru. Kuih yang baru selamat sampai ke tangan ibu Encik Ahmad. menyangkakan perbuatannya tidak dapat diagak oleh ibunya dan jirannya, Ahmad tidak berbuat apa-apa.
Hari berikutnya, ibu Ahmad membuat lagi kuih kasuwi, kali ini dengan kadar yang sangat banyak, cukup untuk makan anaknya dan juga untuk diberi kepada jiran.
Sekarang, Ahmad sudah matang dan bijak menilai. Beliau malu mengenangkan perbuatannya tetapi kisah ini juga menjadi kenangan manis hidupnya.
Sedikit pengajaran daripada kisah ini, ibu Ahmad tidak marah dengan sikap Ahmad, mengenangkan anaknya yang masih kecil. Dan adakah makcik jiran sebelah memarahi Ahmad? Tidak.. Dia hanya memberitahu ibu Ahmad perihal kehilangan kuih kasuwi. Mereka bertindak sebagai ibu, berbekalkan cinta tanpa syarat.
Sudah senyum ke? Sudah saya katakan ini bukan kisah berat.
Selamat berjumpa lagi!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment