Bismillah dan Assalamu'alaikum,
“Sibuk sangat sekarang ni eda.. hujung minggu lepas kelas selalunya kene pergi kerja jugak, jumpa klien. Rumah kat Kajang, tempat kerjanya kat KL.. Assignment menimbun, sekarang dah minggu 11. Minggu 14 dah mula final. Tak larat dah ni.. Kalau setahun lagi macam ni, tak tahulah,”
Matanya mula berair. Saya yang dari berdiri dengan tangan hanya di tingkap keretanya mula memegang bahunya sambil memicit-micit lembut.
“Sabarlah.. InsyaAllah bila dah biasa akan rasa mudah,” Suara saya yang tadi ceria sudah mula merendah, memujuk.
Empat tahun yang lalu kami hanya kenalan kerana menginap di kolej yang sama. Kursus lain, beliau ‘budak civil’, saya ‘budak aero’. Selalu bertembung pun hanya di fakulti atau di majlis usrah anjuran surau kolej. Dari situ lah saya mendapat gelaran ‘geng stokin’... :-)
Tapi perbualan singkat kami tengahari itu seolah-olah sesi luahan kepada seorang kawan baik yang sudah lama tidak berjumpa. Mengambil tempat di tengah jalan di fakulti, beliau di dalam kereta, saya hanya berdiri diluar tingkap kereta. Panas terik, pukul 1 lah katakan.
“InsyaAllah dalam setahun lagi, bila master dah selesai, senang sikit nanti kan.. Janganlah fikir yang susah tuh, fokus pada perkara-perkara yang menyenangkan,” saya sambung bicara.
Muka beliau berkerut. “Maksudnya..?”
“Biasanya kita akan lebih nampak apa yang susah, apa yang kita takde... Okeh, awak takde masa, sebab awak buat master sambil bekerja kn. Sekurang-kurangnya awak dah bekerja, dah ada duit sendiri. Macam saya, gaji sendiri pun takde.. Awak dah boleh tolong mak ayah kat kampung. Betapa tak seronoknya rasa helpless, rasa tak mampu tolong mak ayah dan diri sendiri, tahu.. Ambik master, tahu tak berapa orang kat luar tu teringin nak wat master tapi takde peluang dan kesempatan? Semua tu rezeki. Haa tambah lagi, dah beli kereta, mudah sikit perjalanan. Macam kami yang belum mampu ni, jalan kaki jela.. Musim-musim akak La-Nina pulak tuh,” saya berseloroh bila melihat mukanya mula tersenyum.
“Okay.. dah faham. Terima kasih eda. Saya sangat perlukan itu sekarang. Doakan kita habis master sama-sama. Boleh konvo sama ye tak?” Beliau dah mula tenang. Mata dah kembali bercahaya, gitu.
“InsyaAllah, berusaha!” Kan dah ok..
Manusia, tak terkecuali saya.. selalu fikirkan apa yang kita tak ada. Mungkin lebih tepat, apa yang kita belum dapat. Dalam keadaan saya sekarang, dalam macam-macam kekurangan, saya masih boleh merasa lega dan senyum. Sehinggakan kawan-kawan rapat pelik, maintain happy.. Sebab saya ada kawan-kawan yang baik, berada di tempat yang baik dan keluarga yang menyayangi. Dan saya masih ada kurniaan yang ramai rebutkan, MASA. Bak kata Raihan, Ucapkanlah Alhamdulillah, Syukur kita kepada Allah.. :-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam...
Alhamdulillah..post yang menyegarkan dan menyedarkan...
Moga kita terus optimis...dan sentiasa hadir rasa syukur..
ps: terima kasih mengikuti blog Sinar
W'salam..
Syukran atas ziarahnya. Baru nak berjinak-jinak dalam bidang penulisan. Sebarang kekurangan tegurlah ya :-)
Post a Comment