Lain Dari Kebiasaan

|

Bismillah dan Assalamu'alaikum,

"Assalamualaikum… kita baca doa penerang hati dulu ye, siapa-siapa rasa mengantuk boleh keluar ambil wudhu'. Siapa yang nak beli air bolehlah keluar sekejap,"

Seperti biasa saya memulakan kelas tuisyen pada Sabtu itu. Biasanya mereka letih selepas kelas 2 jam, ataupun kekadang sehingga 4 jam kalau ada kelas ganti. Pengubat mata-mata merah berair itu? Wudhu', itu saja fikir saya. Mengajar memberikan pengalaman berbeza. Pada mulanya saya terfikir, "Apa yang aku buat kat sini? Adoyai…" tapi setelah lebih 4 kali mengajar fizik di depan remaja ini, gementarnya sudah hilang, sungguh.

Apabila ditawarkan menjadi cikgu tetap untuk mengajar fizik, saya menyimpan perancangan diam-diam. Perancangan untuk mengubah 'mindset' yang saya sudah lama nampak. 'Mindset' yang saya maksudkan, sangat MELAYU. Saya orang melayu, dan saya ingin mengubah arus melayu yang likat disini. Hari pertama saya dipanggil untuk datang segera untuk disoal-siasat samada adakah saya berkemampuan untuk memahamkan teori fizik kepada pelajar Tingkatan 5. Dengan yakin, saya katakan InsyaAllah. Bukan insyaAllah main-main, insyaAllah yang betul-betul. Kalau diizinkan Allah, bermakna saya sudah berjanji dengan Allah saya akan mencuba sebaik mungkin. Terasa berat tanggungjawab pada 13 pelajar ini. Ini amanah dari tuan punya pusat tuisyen, amanah dari ibu bapa yang membayar tuisyen, amanah dari Allah.

Pada hari pertama itu juga saya diberi nota yang difotokopi dari buku latihan daripada penerbitan Pelangi. Saya bertanya perancangannya bagaimana? Maksudnya nota ini untuk berapa lama? Jawapan yang diberikan, nota ini akan bertahan beberapa bulan, bergantung kepada saya. Tiada soalan lanjut. Sure, I don't want to show my true colours on the very first day. Satu, tiada perancangan rapi untuk pelajar.

Pulang ke rumah, saya belek nota yang diberikan, "Tak lengkap ni, bab satu ada lah 3 muka je notanya," Okay tak mengapa, saya akan cari sumber lain, iaitu internet. Harus ada nota yang diupload, kan? Alhamdulillah, saya dapat nota untuk beberapa bab, termasuk soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas dari banyak negeri yang berbeza. Saya ajukan tentang perkara ini kepada 'pihak berkuasa', meminta agar nota-nota ini difotokopi sebagai nota tambahan. Permintaan saya ditolak, kalau mahu juga, saya perlu berjumpa 'big boss'. Dua, tidak memberi nota yang lengkap yang selayaknya pelajar ini dapat. Selepas berbincang dengan pelajar, keputusan dicapai, saya akan emailkan saja bahan-bahan ini kepada pelajar.

Menjelang kelas ketiga, pada malam sebelumnya, saya mendapat panggilan dari 'pihak berkuasa'. Mereka mendapat komen, ada seorang makcik yang mengatakan anaknya tidak faham apa yang saya ajar. Saya akui, saya down sekejap. Tapi seperti biasa, saya cepat 'naik' semula. Lebih-lebih lagi selepas rakan serumah yang tersayang, Cik K mengatakan pengalaman dia dahulu pun begitu, ada saja yang mengomen tidak faham. Tapi yang sebenarnya mereka yang tidak mahu faham. Apa yang menyebabkan saya yakin, adalah kerana respons mereka yang sangat-sangat baik. Ini bermakna, saya perlu perbaiki teknik pengajaran, ada 1% dari mereka yang tidak faham. Dan mindset yang digunapakai disini, satu minggu haruslah hanya satu topik kecil yang diajar. Saya terfikir, "Bila nak habis macam tu? Ini tuisyen, bukan sekolah," Baik, tidak mengapa, lesson learned.

Saya mendapat respons yang sangat baik, iaitu semua pelajar bercakap, kadang-kalanya macam bertih jagung. Semuanya hendak menjawab, semuanya hendak bertanya. Saya kira ini good
interaction, we have such connection. Tapi tidak, 'pihak berkuasa' menganggap ini bising. Kelas perlu dikawal, pastikan mereka semuanya senyap dan terus belajar. Saya harus pastikan pelajar takut, kerana dari takut datangnya patuh dan semangat belajar. "Aik, takut=patuh? Bila ini, bukan sudah tahun 2010 ke?" Dan mereka juga mengatakan muka saya terlalu kebudakan, maka saya perlu meninggikan suara untuk meningkatkan rasa gerun itu. Tiga, pada abad ke-21, teori menakutkan pelajar terhadap cikgu masih diamalkan disini.

Masuk minggu keempat, saya memulakan kelas seperti biasa. Tetapi kelas kali ini ada sedikit keganjilan, semua pelajar senyap. Sehinggakan kesilapan saya menulis perkataan Coulomb di papan putih tidak ditegur. Saya menoleh ke belakang, rupanya ada anak buah 'big boss' di belakang, duduk dikalangan pelajar. Hati saya sedikit meruwap, Astaghfirullah... tidak mengapa, saya tidak kisah. Because I'm not a quitter! Tapi lelaki yang berumur hujung 20-an itu bergurau dibelakang dan menganggu fokus pelajar saya. Apa tujuan beliau? Untuk memantau, tapi begitu ke? Saya hanya tersenyum tidak ikhlas, dan meneruskan menyalin nota di papan putih, dan apabila saya toleh sekali lagi, beliau sudahpun keluar dari kelas. Empat, kawalan dan kawalan terhadap orang.

Ini adalah rentetan pengalaman dan cabaran yang saya hadapi sebagai guru tuisyen di sebuah pusat tuisyen yang diasaskan oleh seorang melayu. Mungkin saya guru yang pelik dan mungkin juga kuat melawan. Pelik kerana saya pernah menerangkan tentang Free Mason dan Illuminati sebagai selingan (kerana saya terdengar salah seorang pelajar menyanyi lagu Lady Gaga dengan menyebut, "Ra ra mamama..").

Saya mengharapkan adanya perubahan pada 13 pelajar ini. Harapan untuk mereka menjadi melayu yang bersemangat bukan melayu yang cukup makan, mengharapkan subsidi atau bantuan. Melayu yang hebat, berubah, tidak ditakuk lama. Segar, bukan terus layu. Lawan, bukan terus mengalah. Kita perlu berusaha, sebagai orang Islam, melayu, untuk jadi lagi hebat dari kaum lain, dari agama lain. Which we are. Persaingan, dan kita perlu menang. Itu yang saya cuba tiupkan pada mereka. InsyaAllah, walaupun kesannya mungkin sedikit, tapi cukup sekiranya ia menjadi titik tolak untuk membuka mata mereka.

Sehingga ini saja dahulu, wassalam.


 

0 comments:

Post a Comment