Bismillah... Assalamua'laikum,
atas urusan yang tertentu, saya pergi ke main campus minggu lepas. sudah lama saya tinggalkan resam ini. sementara menantikan bas bergerak menjalankan rutin mengelilingi kampus, saya melihat keadaan sekeliling. sungguh ramai pelajar yang bergerak kesana kemari, atas urusan masing-masing. ada yang menunjukkan riak wajah yang serius dan ada juga yang nampak ceria, gembira akan sesuatu. melihat semua ini membuatkan saya tersedar betapa saya rindukan semua ini. betapa saya rindukan hidup lama saya, sebagai pelajar. saya masih belajar, ya, tapi keadaannya amat berbeza.
saya rindukan waktu-waktu menunggu bas untuk ke kelas bengkel di main campus. saya rindukan waktu-waktu kami mengejar bas. saya rindukan waktu kami menjerit gembira apabila pensyarah membatalkan kelas untuk hari itu. saya rindukan waktu-waktu dimana kami harus 'fly' untuk ke Seri Serdang. dan yang pasti, saya rindukan kawan- kawan lama saya. atau mungkin lebih tepat, versi lama kawan- kawan saya.
pada masa itu kami adalah orang yang merungut tentang assignment, projek dan kelas petang. yang mampu kami rasa bangga atau boast hanyalah kemampuan hebat kami menyiapkan assignment dengan cepat, menjawab soalan ujian yang susah dengan cemerlang. tapi sekarang, keadaan amat berbeza, kami 'merungut' tentang pekerjaan, jawatan, duit, kereta dan juga mungkin perkahwinan.
"masa dah berubah la eda," itu yang mereka cakap. ya, masa dah berubah, orang yang hidup didalamnya juga berubah menurut masa. saya tahu itu, tapi hati kita masih sama, persahabatan dan rasa sayang antara kita masih sama bukan? saya tidak membenci perubahan nor achievement of others. at least it's for good. masing-masing ada target, kita sama-sama doakan kejayaan bersama. tapi jangan lupa akan setiap kejayaan yang kita dapat, tidak pernahnya atas nama kita seorang. semuanya diiringi doa, jerit pedih air mata mak ayah di rumah.
jika kita terasa betapa hebatnya 'designation' kita yang tertulis diatas business card atau paku diatas bahu, ingatlah mungkin kita orang yang ke berapa sudah memegang jawatan itu.
jika kita terasa betapa banyaknya duit yang kita dapat setiap bulan, ingatlah mungkin ada diantara bahagian duit itu bukan kita yang punya, tapi mak ayah, adik beradik atau mungkin anak saudara di kampung.
dan jika kita terasa kita amat beruntung kerana mendapat 'teman' yang kita rasakan perfect. itu mungkin hanya anggapan kita. orang itu mungkin hanya perfect untuk kita, tapi dia pun pernah direject kan? kalau tidak mana mungkin kita ditemukan dengan dia.
ape yang kita dapat bukanlah untuk kita berbangga, lagi pula untuk 'mengukur' orang lain. itulah, masa tidak pernah mengubah seseorang. kita yang berubah, dan terus menyalahkan masa. masa berjalan dengan pengalaman. pengalaman adalah cikgu terbaik, manakan kita menyalahkan cikgu?
sehingga bertemu lagi, wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment