Seorang perempuan muda memberikan air botol bekalnya kepada kawan lelakinya untuk diminum. Dan kawan lelakinya itu terus minum tanpa teragak-agak. Terkesan dengan apa yang kami lihat, kawan saya lantas bercerita satu cerita yang menarik. Harap boleh dihadam bersama.
“Ada dua pinggan yang berisi nasi di atas sebuah meja. Pinggan pertama ditutup rapat dengan tudung saji manakala pinggan yang kedua terdedah tidak terlindung. Kedua-kedua pinggan nasi tersebut dibiarkan di atas meja dan tidak lama selepas itu lalat datang menghinggap. Pastinya, nasi dalam pinggan pertama selamat kerana ditutup dengan tudung saji. Oleh itu, lalat datang bertumpu pada nasi di pinggan kedua. Lalat-lalat itu pula datang menghinggap sekejap dan kembali terbang. Lalat lain pula datang menghinggap, bersilih-ganti. Jika ditawarkan nasi itu kepada kita, nasi dari pinggan mana akan kita pilih untuk mengisi perut?”
Biar saya teka, sudah pasti pinggan pertama, bukan?
Semua orang secara fitrahnya mahukan yang paling bersih. Nasi di sini dimetaforakan sebagai perempuan, dan lalat dianggap sebagai lelaki. Kepada pembaca lelaki, jangan marah ya, ini metafora saja. Nasi dalam pinggan pertama bersih, tidak disentuh lalat. Ini mewakili perempuan yang bersih, menjaga maruahnya agar tidak disentuh lelaki sewenang-wenangnya sehinggalah datang orang yang berhak membuka ‘tudung sajinya’. Lazimnya, semua lelaki mendambakan perempuan yang ‘bersih’. Cuba lihat nasi dalam pinggan kedua, kita pandang nasi itu sebagai nasi yang ‘kotor’. Ada dua pengajaran yang boleh diambil di sini, perempuan yang digambarkan sebagai nasi haruslah menjaga maruahnya agar tidak dicemari. Tetapi kenapa lalat, atau lelaki, datang mencemari nasi itu?
Apabila bercakap isu ini, ramai yang selalu memberi penekanan kepada kaum perempuan untuk menjaga maruah, aurat dan akhlak. Tetapi, tanggungjawab ini bukan saja terletak atas bahu perempuan. Wahai lelaki, janganlah pula pergi mencemar perempuan disekelilingmu. Saya pernah bertanya kepada seorang kawan lelaki, kalau kamu mahukan perempuan yang bersih, kenapa dicemar kekasihmu itu? Jawapan yang sedih yang pernah saya dengar ialah, “Tak semestinya nak kahwin dengan dia pun,” Tidakkah kamu hormat insan yang bernama perempuan itu? Jika adik perempuanmu diperlakukan sebegitu, apakah perasaanmu? Allah sudah sediakan jalan yang manis lagi baik, nikahilah dia jika niatmu berkawan dengannya ikhlas.
Dari kisah tadi, lalat datang menghinggap nasi bersilih-ganti. Ini dimetaforakan sebagai perempuan yang suka mengganti buah hati. Saya juga pernah bertanya, “Kenapa suka tukar kekasih?” Jawapan atau lebih tepat alasan yang saya dapat ialah, “Apa salahnya, kan banyak pengalaman bersosial. Nanti dah berkahwin, dah pakar tangani isteri/suami,” Dengan jawapan sedemikian, seolah-olah kita mempersoalkan sunnatullah yang menghadkan pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Sebagai kesimpulannya, kepada saudara perempuanku, marilah kita berusaha untuk membersihkan hati. Dengan cara menghadkan pergaulan dengan lelaki tidak bermakna kita tidak boleh bergaul langsung. Islam ada tunjukkan caranya, hanya terserah kepada kita untuk tunduk patuh atau tidak. Dan Islam itu bukan untuk diamal separuh-separuh. Mahu iman mantap, harus dihadam secara menyeluruh. Pesanan kepada lelaki, bergeraklah seiring dengan kemahuan fitrah anda, mahukan perempuan ‘bersih’, berhentilah melakukan kekotoran itu. Ini jalan dua hala, perlu kesatuan hati. Sesungguhnya kami ini sayap kirimu, untuk dijaga dengan hikmah. Mari sama-sama menjadi ‘nasi yang bersih’!

Wallahu’alam.
2 comments:
Realiti masyarakat sekarang suka mengambil mudah soal ni..
Bicara dan lagak anak muda seolah2 bakal hidup lama..
Kalau Allah tarik nyawa dalam keadaan kita sedang membuat maksiat..Ya Allah..nerakalah tempatnya..Na'uzubillah..moga dijauhkan..
Manusia lupa barangkali..
perempuan yang baik utk lelaki yang baik dan sebaliknya..
InsyaAllah..moga sama2 bersihkan diri..
Syukran ukhtie atas peringatan ini..
Moga Allah berkatimu
Kepada Sinar:
Betul sangat tu ukhtie.. Well said!
Syukran kepada sahabat ana sebenarnya tapi Allah juga beri idea kepada beliau untuk bercerita kan. Sama-sama kita ambil sebagai peringatan, insyaAllah.
Ameen, semoga Allah memberkati kita semua.. =)
Post a Comment