Koc Wanita untuk Wanita

|
Bismillah…

Assalamu'alaikum…



Sejak KTM Berhad melancarkan Koc Wanita, wanita menarik nafas lega kerana tidak perlu lagi berhimpit-himpit dalam koc atau istilah popularnya, ‘sardin’. Bagi sesetengah lelaki mungkin tidak kisah, tapi bagi kami wanita, keadaan ini sangat tidak menyelesakan. Cuma, selepas beberapa bulan pelaksanaannya, ada sesetengah kaum adam seolah-olah tidak memahami kempen tersebut. Walau setiap 5 minit, pengumuman memaklumkan perihal koc wanita dapat didengar di corong pembesar suara, ada saja lelaki yang ‘tersalah’ masuk koc. Pada mulanya, wanita hanya mendiamkan diri. Tapi sekarang kita akan dapat lihat wanita mula bertindak, demi hak. Jika ada saja lelaki yang masuk ke dalam koc wanita, secara automatiknya dia akan mendapat renungan tajam dan pelik, seolah-olah memberitahu,

“AWAK BUAT APA DISINI?”

Yang seronoknya, renungan ini bukan dilakukan seorang dua, mungkin juga semua wanita yang ada ketika itu. Oh jangan risau, renungannya sekejap saja, kami masih menjaga pandangan.. :p

Lelaki-lelaki ini juga akan disoal dengan soalan seperti,

“ Awak suka warna merah jambu, ye rupanya?”

atau juga dengan sindiran,

“Ini koc wanita ye, patut la semua dalam ni wanita. Sebelah tu..? (sambil menghala muncung mulut kepada seorang lelaki) wanita juga la agaknya,”

Sampai satu tahap saya seronok melihat sahabat-sahabat perempuan ini bekerjasama ‘menghalau’ lelaki dari koc khas tersebut. Kekadang ada pegawai KTM yang akan mengawal dan memberitahu lelaki yang cuba masuk ke koc wanita untuk bergerak ke koc lelaki. Dari mula kempen ini dijalankan semenjak penghujung bulan April, masalah yang sama masih berlaku sehingga sekarang. Saya terfikir juga, apakah masalahnya? Adakah mereka tidak terdedah dengan kempen ini? Yang peliknya, apabila mereka ternampak saja kelibat pegawai KTM, mereka akan segera bergerak ke koc lain. Ini menunjukkan mereka tahu akan kempen ini, cuma apa? Serupa dengan masalah penumpang yang berebut masuk ke dalam koc sehingga tidak membenarkan orang keluar terlebih dahulu. Sedangkan, jika di KL Sentral, anda dapat lihat orang beratur penuh disiplin kerana ada pegawai KTM yang selalu bertugas. Tiba saja di stesyen yang lain, mereka ini, orang yang sama, kembali berebut seperti biasa.

Keadaan ini akan berjalan sehingga bila pun saya tidak pasti. Mungkin masa yang panjang diperlukan untuk memberi kefahaman kepada rakyat Malaysia bahawa koc yang di tengah itu di khaskan untuk wanita. Sedangkan di negara timur tengah, pengasingan koc untuk wanita sudah lama dijalankan. Mungkin kita perlu belajar dari mereka bagaimana mereka jayakan kempen ini atau juga ini budaya ketidakpedulisme rakyat Malaysia.

Wallahu’alam.

Selingan: Cik Sinar dah tegur, “Bila anti nak update blog tu?” hehe.. syukran mengingatkan ya, ini sedikit perkembangan dari tanahair.. =)

3 comments:

sinar_islami said...

Alhamdulillah..update pun..
Dapat juga ana tahu perkembangan negara..
Mga selepas ni negara kita dapat melakukan perubahan yang baik utk masyarakat...

Abu Aiman said...

lamanya tak naik train...

baguslah dah ada koc khas utk wanita. Jantan2 yg tak reti bahasa tu jgnkan koc wanita, tandas wanita pun dia nak masuk.

EdAlia said...

Kepada Cik Sinar:
hehe Alhamdulillah..
InsyaAllah.. Rakyatnya pun sedang berusaha ke arah itu kan.. =)

Kepada Abu Aiman:
Alhamdulillah, memang lega sudah ada koc khas untuk wanita.
Perlu perubahan dalam diri sendiri, sikap2..

Post a Comment