Bismillah and Assalamu'alaikum,
Februari sudah semakin hampir dan ini bermakna kita bakal menjejakkan kaki ke bulan kedua dekad ini. Saya menulis pada petang hari Jumaat, diluar hujan lebat dan betapa seronoknya kalau dapat mandi hujan saat ini! Hehe..
Masih melepak di bilik diskusi fakulti memandangkan permohonan untuk mendapatkan bilik pelajar master dan PhD masih di’on hold’kan oleh seorang kakak kerani. Sudah lama sungguh rasanya tidak menulis dek kesibukan dan cuti yang panjang. Ya, saya pulang ke rumah di Kuantan selama lebih sebulan dan hanya kembali ke Kuala Lumpur untuk menyambung hidup sebagai pelajar di semester kedua pengajian sarjana. Seronoknya dapat pulang ke rumah dan bersama mak ayah 24/7, alhamdulillah... bila lagi agaknya dapat balik kampung.. haih
Banyak yang telah berlaku, saya telah kehilangan seorang lagi nenek pada awal Januari. Walaupun saya tidak terlalu rapat dengan arwah, namun saya selami perasaan ibu saya yang kehilangan ibu. Dan saya terkilan saya tidak sempat berbakti kepadanya juga terkilan dengan hidup beliau yang dipandang ringan oleh orang disekeliling. Yang saya yakin, Allah Maha Adil dan Mengetahui dan segala perbuatan kita akan mendapat balasanNya.
Dan dekad baru saya bermula dengan kebencian seseorang terhadap saya, tapi saya tidak mahu biarkan diri memikirkan perkara lama. Mari kita buktikan hidup kita bukan atas kawalan dan kurniaan sesiapa, hanya Allah yang Berkuasa. InsyaAllah, berusaha!
Tahun ini juga saya mulakan dengan bekerja sambilan sebagai guru Fizik di sebuah pusat tuisyen di Sri Serdang. Menarik atau tidak, akan saya ceritakan kemudian, insyaAllah.
Apa yang saya harapkan pada tahun ini ialah saya ingin menjadi lebih matang. Ini bermakna cara penulisan juga perlu lebih matang. InsyaAllah, mari kita berubah untuk menjadi lebih baik. Saya mengambil kesempatan juga disini untuk mengucapkan selamat berblogging kepada kakak tersayang dan juga kak min. Yeahaha..
Hanya setakat ini untuk ketika ini, insyaAllah hingga bertemu lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment