Apa nak dibuat?

|

Bismillah... Assalamua'laikum,

Kisah 1: "die dah kahwin lama dah.. ada anak dua orang. Aku dah tengok gambar isteri dia, comel sangat.. tapi dia cakap dia tengah risau sebab dia sayang sorang akak ni. Bukan dia curang, tapi dia tak mampu nak buat apa.. dia selalu mengadu kat aku. aku baik ngan dia ni pun orang duk mengata. Orang dah bawa cerita tau..."

Kisah 2: " isteri dia kat kampung, dia sorang kat sini. Sebab tu dia selalu boring malam-malam. Aku tak dapat nak tolak la kalau dia ajak keluar. Lagipun ktorang bukan buat apa. Tambah pula ko tau tak, dia macam tunjuk minat nak tau pasal Islam tau..."

Kisah 3: "orang kat pejabat memang suka buat cerita. Kita keluar makan ngan bos kene kutuk, skandal la apela... diorang tak caya saya dah ade boyfriend tau. Kene kahwin jugak camni.."

Tiga kisah di atas adalah aduan sahabat-sahabat saya, kisah benar tapi sudah diubah versi. Skandal di tempat kerja adalah topik biasa yang selalu dibincangkan dimana-mana saja. Dan tidak pernah membawa faedah kepada sesiapa pun. Tiga sahabat saya dalam delima, apa nak dibuat? Kalau ditanya pendapat saya mudah saja jawapannya, "kalau bertepuk sebelah tangan manakan nak berbunyi. Ada siapa-siapa suruh ko layan laki orang tu?" mungkin kasar bunyinya, tapi versi ayat saya confirm kurang pedihnya dari mak saya (eh kesitu pulak...)

Dari punca yang kecil, boleh membiak menjadi besar. Mungkin keluar makan dengan bos itu perkara biasa, tapi body language kita mungkin 'memberitahu' maksud lain. Bila sudah jadi perkara besar, masa inilah kita akan mengamuk kerana difitnah dan dipinggirkan orang lain. Apa yang saya beritahu kepada sahabat-sahabat saya, berhenti melayan dan paling mudah berterus-terang saja. Tidak payah tunjukkan sifat ambil berat anda, bukan disini. Lebih molek anda ambil berat kepada keluarga, kawan-kawan yakni mereka yang berhak akan perhatian anda.

Oleh itu kepada sahabat-sahabat perempuan diluar sana, apa yang saya ceritakan disini adalah pesanan untuk anda dan juga diri saya sendiri. Berhati-hatilah apabila berjauhan dari rumah, jauh dari pengawasan ibu bapa. Walaupun mereka jauh dari pandangan mata, maklumkan mereka akan pergerakan anda setiap masa. Jagalah maruah anda dan keluarga, mungkin kita belum berkahwin dan susah untuk hidup sendiri tanpa bantuan dari kaum bernama lelaki (ya saya faham) tapi kita juga adalah pejuang, berjuang menjaga maruah dan air muka ibu bapa. Kalau maksudnya kita bergaul dengan lelaki itu atas nama dakwah (yang ini juga saya faham) buatlah dengan cara yang betul dan halal. Memang seronok berkawan dengan kaum dari berlainan jantina, itu normal, tapi batasan itu sangat-sangat penting.

P/S: Kepada sahabat-sahabatku Nazihah, Izwan aka Weng, Fariz aka Bob, Hafiz aka Lab, terima kasih menjemput kami ke open house hujung minggu lepas. Terima kasih daun keladi, tahun depan buat la lagi..:p

0 comments:

Post a Comment