Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
raye2!! alhamdulillah.. Syawal dah kembali, Ramadhan akan pasti dirindu. sambutan raya keluarga kami kali ini hanya di kuantan. walaupun saya amat rindukan suasana raya kampung di kuala lipis, keadaan semasa tidak mengizinkan kami balik.
masih saya teringat waktu beraya di kampung beberapa thn lepas. waktu itu arwah atuk masih ada dan pakcik favourite kami (panggilannya cekwa) belum berkahwin. ayah dan mak akan membawa tok wan dan tok nik ke masjid. selalunya kami anak2 saudara akan ditinggalkan untuk pergi ke masjid bersama cekwa saja. masjid di kg berhala kuala lipis biasanya memulakan solat sunat AidilFitri awal, dan kami selalu terpaksa berlari2 di tepi masjid akibat lambat.. hehe
selepas solat sunat Aidilfitri kami akan pulang ke rumah dan pada masa itulah kami akan bersalam-salam minta ampun dan maaf dari yang lebih tua. dan selepas itulah sesi makan2 berlangsung. tetamu akan mula datang ke rumah dan bermula lah episod hidang menghidang makanan. seronok, memang seronok tambah kecoh. menjelang petang, badan pun dah 'belengas' (cakap org pahang-atau rimas). tapi pakcik lagi seorang tak benarkan kami tukar baju, kalo tukar pun baju kurung jugak.. hadoii. tapi yela, bila lagi nak pakai baju kurung kalau bukan raya kan? itulah antara kenangan raya yang saya ingat sampai sekarang. dah banyak berubah sejak atuk pulang ke rahmatullah dan sungguh, sambutannya berbeza.
di kesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. semoga 'latihan' yang kita jalani selama sebulan ini mendapat 'gred' yg tinggi dan terkesan di hati hinggalah ke Ramadhan thn depan, insyaAllah.. slamat bercuti!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment